Was reading a blog written by Ustazah Fatimah Syarha.
Memang banyak entri-entri yang sesuai untuk seorang Muslimah yang ingin mendekati dan mengenali Islam.
Tapi entri ini yang terus menarik perhatian saya…. tips memilih teman baik.
Saya rasa ini ialah satu pengetahuan dan skil yang kita perlu ada pada zaman ini.
Kerana kawan-kawan kita mempunyai pengaruh besar atas tabiat dan pilihan dalam dunia ini.
So, Ustazah Fatimah telah mengkongsikan ilmu dan saya ingin share intisari entrinya di bawah:
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.”Syarat-syaratnya ialah:1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
Ya Allah! Bagilah aku kesabaran, keimanan, keteguhan dan ilmu untuk menjadi seorang kawan yang baik yang boleh berada di jalan yang benar dan boleh menolong kawan-kawanku yang lain.
Dan marilah kita mencari kawan-kawan yang membawa kita lebih rapat kepada Allah SWT.
Amin.
Advertisement
0 Responses to “kawan…”